Loading...

Trusted | Dedicated | Professional

012-9666537

enquiry@sitilaila.com

Apakah maksud Hakmilik Strata?

Apakah maksud Hakmilik Strata?

Jika anda sudah memiliki rumah ataupun bakal memiliki rumah, pasti anda biasa mendengar dengan perkataan “HAKMILIK STRATA”. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan STRATA sebenarnya?
Skim strata merupakan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah ditetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut.

Contoh: rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim komuniti berpagar.

 

Penting ke hakmilik strata ni?

Hakmilik strata adalah bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga.

Contoh: pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Harta Bersama?

Harta bersama adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak.

Contoh: tempat letak kereta pelawat, lif, tangga, tangki paip utama dan pondok pegawai keselamatan.

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Petak Aksesori?

Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata.

Contoh: tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.

======================

Pemilik petak mempunyai hak-hak tertentu terhadap petak milik mereka. Mereka juga mempunyai tanggungjawab dan larangan yang patut mereka patuhi.

 

Apakah hak-hak yang dibenarkan untuk pemilik petak?

Pemilik boleh membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimilikinya.
Pemilik boleh mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa yang dibuat oleh Perbadanan Pengurusan.
Pemilik mempunyai hak ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan.
Pemilik mempunyai hak ke atas sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, sistem perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain.
Pemilik mempunyai hak untuk meneliti rekod dan akaun Perbadanan Pengurusan.

 

Tanggungjawab Utama Pemilik Petak

Pemilik bertanggungjawab untuk membayar caruman kumpulan wang pengurusan.
Pemilik bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa.
Pemilik bertanggungjawab untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa.
Pemilik bertanggungjawab untuk mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam / tempatan berhubungan dengan petak yang dimilikinya.

Larangan terhadap pemilik petak

Pemilik dilarang untuk menggunakan petak untuk maksud yang menyalahi undang-undang.
Pemilik dilarang untuk mengunakan bahan api yang mendatangkan asap atau bau busuk.
Pemilik dilarang untuk membuang atau menjatuhkan apa-apa kotoran atau sampah di kawasan harta Bersama.
Pemilik dilarang untuk memelihara apa-apa binatang dalam petaknya yang menyebabkan keguasaran / kemarahan pemilik petak lain.

 

======================

Skim strata juga memiliki sistem pengurusannya sendiri dan ianya diuruskan oleh Perbadanan Pengurusan. Apakah maksud dan tujuan lain Perbadanan Pengurusan ini?

Perbadanan Pengurusan adalah sebuah badan korporat yang boleh mendakwa dan didakwa. Ia wujud di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dan tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan. Ia mempunyai hak turun-temurun (perpetual succession).

 

Kuasa-kuasa Perbadanan Pengurusan

Mereka boleh menentukan bayaran yang perlu dibuat oleh setiap pemilik petak kepada tabung pengurusan.
Mereka boleh membeli, menyewa atau memperolehi harta alih untuk kegunaan bersama.
Mereka perlu mematuhi notis / arahan oleh pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu ke atas harta bersama.
Mereka boleh mengambil tindakan ke atas petak-petak sekiranya pemilik berkenaan gagal mematuhi arahan-arahan dalam tempoh tertentu.

 

Tanggungjawab Perbadanan Pengurusan

Mereka bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelenggarakan harta bersama untuk memberi faedah kepada semua pemlik petak.
Mereka bertanggungjawab untuk menginsuranskan bangunan dari kebakaran dan lain-lain risiko.
Mereka bertanggungjawab untuk membayar premium insurans dan lain-lain kadar yang ditetapkan.
Mereka bertanggungjawab untuk mempamerkan nama dan alamatnya di pintu masuk lot serta menyediakan peti surat.
Mereka bertanggungjawab untuk mematuhi apa-apa notis atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan berhubung dengan harta bersama.

 

Kumpulan Wang Caruman (Management Fund)

Kumpulan wang caruman ini diuruskan oleh Perbadanan Pengurusan. Ia termasuk yuran pengurusan / caj perkhidmatan harta bersama, premium insuran kebakaran, akaun khas dan lain-lain.

==============================

Kesimpulan

Hakmilik strata bukan sahaja melindungi pemilik hartanah malah ia juga memudahkan urusan menjual hartanah di kemudian hari. Kebanyakan bank tidak mahu memberi pinjaman jika hartanah tersebut tiada hakmilik strata melebihi 10 tahun.

Dan ianya sudah tentu akan menyukarkan pemilik hartanah untuk mendapatkan pembeli yang mampu membayar 100% harga hartanah secara tunai.

Trackback from your site.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Career

contact info