Loading...

Trusted | Dedicated | Professional

012-9666537

enquiry@sitilaila.com

Betul ke MLTT lebih bagus dari MRTT?

Betul ke MLTT lebih bagus dari MRTT?

Bagi mereka yang sudah ada pengalaman membeli rumah dengan membuat pembiayaan rumah dengan pihak bank, sudah pasti mereka mengetahui mengenai polisi takaful tambahan.
Kebiasaannya mereka mengambil sahaja polisi tersebut tanpa mengetahui jenis takaful tersebut.

 

Sebenarnya, takaful ini ada 2 jenis:

MRTTMortgage Reducing Term Takaful

MLTTMortgage Level Term Takaful

 

Perbezaan utama diantara 2 takaful ini ialah pada definisi Reducing & Level.

Reducing– perlindungan takaful berkurang mengikut tempoh pembiayaan rumah

Level– perlindungan takaful kekal sepanjang tempoh pembiayaan rumah


Selain itu, terdapat pelbagai lagi perbezaan di antara kedua-dua takaful ini:

MRTT – harga murah
MLTT – harga mahal

MRTT – dibayar sekaligus
MLTT – dibayar secara ansuran

MRTT – boleh dimasukkan ke dalam pembiayaan bank
MLTT – tidak boleh, dan kena bayar sendiri

MRTT – polisi terbatal jika membuat refinancing pinjaman
MLTT – polisi tidak terbatal

MRTT – perlindungan sahaja
MLTT – perlindungan & simpanan

MRTT – tidak boleh dipindah milik serta tidak dibenarkan untuk keluarkan duit
MLTT – boleh dipindah milik serta dibenarkan untuk mengeluarkan duit

MRTT – diwarisi oleh pihak bank
MLTT – diwarisi oleh ahli keluarga

MRTT – perlindungan terhadap baki hutang jika berlaku kematian + hilang upaya kekal
MLTT – perlindungan terhadap jumlah hutang jika berlaku kematian + hilang upaya kekal + 36 penyakit kritikal

MRTT – pemilik rumah tidak mendapat faedah jika tidak berlaku kematian
MLTT – pemilik rumah mendapat faedah Nilai Tunai jika tidak berlaku kematian

MRTT – baki pembiayaan diselesaikan oleh pihak bank + waris dapat rumah jika pemilik meninggal dunia
MLTT – baki pembiayaan diselesaikan oleh pihak bank + waris dapat rumah + Nilai Tunai jika pemilik meninggal dunia


Jika dilihat dari segi perbezaan, MLTT ternyata memberi perlindungan yang lebih menyeluruh serta lebih banyak faedah.

Contoh: sekiranya individu tertentu mengambil perlindungan RM300,000 dengan pembiayaan perumahan selama 30 tahun.

Namun selepas 15 tahun, ditakdirkan individu tersebut meninggal dunia. Selepas 15 tahun membayar balik pembiayaan, katakan masih ada RM150,000 jumlah pembiayaan belum dibayar. Maka perlindungan masih kekal RM300,000. Rumah habis dibayar dan waris mendapat lebihan wang perlindungan.

=======================

Jika anda diberi pilihan, yang manakah menjadi pilihan anda? MRTT atau MLTT?

Trackback from your site.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Career

contact info