Loading...

Trusted | Dedicated | Professional

012-9666537

enquiry@sitilaila.com

Dana Rumah Mampu Milik, siapa yang layak?

Dana Rumah Mampu Milik, siapa yang layak?

Dana Rumah Mampu Milik (Fund For Affordable Homes) adalah satu insentif yang disasarkan kepada kumpulan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama yang berharga RM150,000 ke bawah.
Jenis hartanah yang dibenarkan adalah hartanah kediaman di pasaran utama sahaja.

 

Ciri utama Dana Rumah Mampu Milik

1. Warganegara Malaysia dengan pendapatan maksimum bulanan isi rumah RM2,300.
2. Pekerja makan gaji atau bekerja sendiri.
3. Peminjam tiada rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu.
4. Peminjam tunggal dan peminjam bersama boleh memohon.
5. Dana BNM tersedia selama 2 tahun mulai 2 Januari 2019 atau sehingga RM 1bilion yang diperuntukkan habis digunakan.
6. Margin pembiayaan boleh meliputi pembayaran utntuk wang pendahuluan dan jaminan gadai janji bertempoh/caruman takaful.
7. Kadar faedah 3.5% setahun dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun, yang mana lebih rendah.
8. Institusi kewangan yang mengambil bahagian: AmBank, BSN, CIMB Bank, Maybank & RHB Bank.
9. Pemohon wajib mengikuti program pendidikan kewangan yang disediakan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan boleh diakses di https://learn.akpk.org.my
10. Moratorium perjualan hartanah adalah 5 tahun.

 

Insentif Istimewa Dana BNM

1. Tiada fi pemprosesan pembiayaan
2. Pengecualian duti setem ke atas perjanjian jual beli dan perjanjian pembiayaan.
3. Kadar yang berpatutan untuk perlindungan gadai janji.

 

===========================

Kepada yang layak,  anda boleh menghubungi institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk maklumat lanjut:


AmBank (M) Berhad (AmBank) 03 2178 8888
Bank Simpanan Nasional (BSN) 1 300 88 1900
CIMB Bank Berhad (CIMB) 03 6204 7788
Malayan Banking Berhad (Maybank) 1 300 88 6688
RHB Bank Berhad (RHB) 03 9206 8118 (Semenanjung Malaysia) / 082-276 118 (Sabah & Sarawak)


Anda juga boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465

Trackback from your site.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Career

contact info