Trusted | Dedicated | Professional

012-9666537

enquiry@sitilaila.com

Mahu rumah anda terjual cepat? Pemilik jangan lakukan perkara ini.

  • Ms Siti
  • Hartanah
  • Mahu rumah anda terjual cepat? Pemilik jangan lakukan perkara ini.

Mahu rumah anda terjual cepat? Pemilik jangan lakukan perkara ini.

5 tahun dalam bidang hartanah bukanlah suatu masa yang singkat. Ms Siti sebagai Perunding Hartanah telah melalui pelbagai pahit manis dalam urusan jual beli hartanah. Ada kalanya mudah, ada kalanya rumit.
Ia bergantung kepada beberapa aspek penting yang memainkan peranan dalam proses jual beli hartanah. Sekiranya aspek penting ini dapat diselesaikan dengan baik, maka mudahlah keseluruhan prosesnya.
Walaubagaimanapun, aspek ini terbahagi kepada 2 bahagian. Bahagian pemilik rumah (penjual) dan bahagian pembeli.
Pada post kali ini ialah isu Pemilik Rumah.

 

1. Ketelusan

Ada pemilik rumah yang telus memberikan maklumat mengenai rumah mereka. Mereka mudah memberi kerjasama di dalam menyampaikan info-info penting mengenai rumah mereka.

Sebagai contoh salinan geran rumah, developer yang tidak bankrup, installment bank dibayar setiap bulan, dll.

Walaubagaimanapun ada juga pemilik rumah yang suka berdalih dan kadangkala mereka akan melewat-lewatkan dalam memberi maklumat mengenai rumah mereka.

Akhirnya proses menjadi lewat, dan lebih malang lagi akan terlepas pembeli yang benar-benar serius mahu membeli rumah.

 

2. Harga rumah yang munasabah.

Ada pemilik rumah yang begitu terdesak untuk menjual rumah mereka. Maka mereka akan meletakkan harga yang dinasihati oleh Perunding Hartanah bagi memudahkan proses.

Dan kebanyakan mereka berjaya menjual rumah dengan mudah kerana Perunding Hartanah lebih faham tentang pasaran hartanah dan lebih arif mengenai “supply and demand” sesuatu kawasan.

Isu hanya mula timbul apabila ada sesetengah pemilik rumah yang meletakkan harga “syok sendiri”. Bila ditanya, mengapa ingin menjual rumah mereka dengan harga sebegitu:

Ini diantara jawapan mereka:

Rumah saya sudah “renovate” mengikut citarasa saya.
Rumah saya di lokasi yang bagus.
Saya mahu untung lebih.
Jiran saya bagitahu harga rumah di kawasan ini memang begini.
Memang saya nak jual harga ini.
Saya tak “urgent” nak jual, siapa berminat inilah harganya. “Take it or leave it”.

Sebagai Perunding Hartanah, Ms Siti akan menasihati pemilik rumah. Namun tiada apa yang berubah.

Akhirnya rumah mereka tidak terjual walaupun berada melebihi setahun di pasaran.

Walau apapun alasan mereka, bukan rumah mereka sebuah sahaja yang boleh dibeli oleh pembeli. Sebagai pembeli, sudah pasti mereka mahukan rumah kediaman yang diinginkan. Namun dalam masa yang sama, mereka juga akan memilih rumah yang harganya lebih berpatutan.

Akibat penantian yang terlalu lama, pemilik rumah mula terdesak untuk menjual rumah mereka. Ketika itu mereka akan menurunkan harga rumah secara drastik asalkan rumah mereka terjual.

Ada juga pemilik rumah yang amat terdesak sehingga meletakkan harga yang tidak memberi apa-apa keuntungan asalkan rumah terjual kerana mereka tidak lagi mampu membayar “installment bank”.

Jika dari awal lagi mereka mendengar nasihat Perunding Hartanah, sudah tentu rumah mereka boleh terjual lebih awal dengan harga yang telah dinasihatkan. Daripada mereka tidak mendapat apa-apa kerana keadaan terlalu terdesak, betul?

 

3. Penyewa rumah

Ada pemilik rumah yang menyewakan rumah mereka sebagai tujuan “investment”. Apabila mereka mahu menjual rumah mereka, sudah tentu Perunding Hartanah akan membawa pembeli untuk melihat kondisi rumah terlebih dahulu. Kadangkala disini akan timbul beberapa isu:

1. Penyewa kerap memberi alasan tiada di rumah, sama ada benar atau tidak. Wallahu’alam
2. Pemilik rumah takut untuk berkomunikasi dengan penyewa mereka.
3. Jika penyewa ada, masa yang diberikan untuk melihat rumah adalah sangat tidak sesuai. Contohnya: hanya boleh datang tengok rumah pada jam 11 malam.
4. Mulut penyewa tahap “puaka”. Habis dikutuknya pemilik rumah tersebut dan mengatakan rumah itu ada banyak kerosakkan.

Hal ini menyebabkan “mood” pembeli hilang, dan akhirnya rumah mereka tidak terjual.

Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, seharusnya pemilik rumah telah bersiap sedia berurusan dengan penyewa mereka.

 

4. Isu pemilihan firma guaman

Kebiasaannya Perunding Hartanah akan menawarkan peguam panel mereka kepada pembeli atau pemilik rumah bagi urusan guaman. Ia adalah suatu pilihan, jika mereka memilih untuk menggunakan peguam panel, Perunding Hartanah akan membantu melakukan “follow-up”.

Namun begitu, ada dikalangan pembeli atau pemilik rumah yang mahu menggunakan khidmat peguam mereka sendiri atas alasan:

1. Murah
2. Kawan
3. Ahli keluarga

Ianya tidak menjadi suatu isu kepada Perunding Hartanah.

Isu hanya akan timbul apabila peguam yang mereka lantik gagal melakukan kerja dengan baik atau ada kelewatan. Pihak pembeli dan pemilik rumah pula tidak mahu menegur atau melakukan follow-up atas alasan “takut”, “segan”, “ahli keluarga”.

Dan akhirnya mereka menjadi serba salah malah ada yang sampai merayu meminta Perunding Hartanah agar membantu mereka untuk berkomunikasi dan berurusan dengan peguam pilihan mereka.

Harus diingatkan bahawa Perunding Hartanah bukanlah “client” kepada peguam. Hal ini menyebabkan ada sesetengah firma guaman yang tidak mahu berurusan dengan Perunding Hartanah.

Maka janganlah salah faham yang Perunding Hartanah tidak mahu membantu.

==========================

Ini adalah di antara isu-isu yang timbul apabila berurusan dengan pemilik rumah. Walaupunbagaimanapun, bukan semua pemilik rumah yang mempunyai isu sebegini.

Isu-isu ini amat bagus jika ia dapat diatasi dari awal bagi memudahkan segala urusan penjualan rumah milik mereka.

Trackback from your site.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Career

contact info