Trusted | Dedicated | Professional

012-9666537

enquiry@sitilaila.com

Melabur dalam hartanah tanpa beli hartanah?

Melabur dalam hartanah tanpa beli hartanah?

Ramai yang beranggapan pelaburan dalam hartanah hanya boleh dilakukan dengan membeli hartanah seperti rumah dan lain-lain.
Namun sebenarnya mereka boleh melabur dalam hartanah melalui Amanah Pelaburan Hartanah ataupun Real Estate Investment Trust (REIT).

 

Maksud REIT?

REIT dalam kata mudahnya adalah sebuah tabung amanah yang memiliki dan menguruskan hartanah seperti pusat membeli belah, kedai runcit, rumah kedai dan hospital. Akan datang mungkin lapangan kapal terbang.

Jika anda membeli hartanah untuk pelaburan, anda perlu memikirkan lokasi yang strategik dan bakal “sakit kepala” dalam menguruskan penyewa. Namun, di dalam REIT semua ini akan difikirkan oleh pengurus dana.

 

Modal yang rendah serta mudah dicairkan

Anda juga boleh melabur di dalam REIT dengan modal yang anda ada tanpa perlu memikirkan komitmen pinjaman bank. Malah, jika anda memerlukan modal anda kembali, anda boleh mendapatkan dengan mudah kerana REIT didagangkan di Bursa Malaysia berbanding hartanah fizikal yang mengambil masa untuk dicairkan.

 

Pendapatan dari REIT

Jika keuntungan hartanah fizikal diperoleh melalui hasil sewaan dan kenaikan harga hartanah, maka REIT juga sedemikian. Sebahagian dari hasil sewaan di dalam REIT akan dikembalikan kepada pelabur melalui dividen.

 

Cara untuk melabur di dalam REIT

Ketika ini, hanya ada 4 sahaja dana REIT yang patuh syariah:

1. AXIS REIT
2. Al-‘Aqar Healthcare REIT
3. Al-Hadharah Boustead REIT
4. KLCC REIT

Jika anda berminat untuk melabur di dalam REIT, anda perlu membuka akaun CDS (seperti mana untuk berdagang saham), setelah itu anda boleh membeli unit saham REIT melalui akaun “trading”.

Trackback from your site.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Career

contact info