Loading...

Trusted | Dedicated | Professional

012-9666537

enquiry@sitilaila.com

Senarai pelepasan cukai individu 2018? Anda wajib tahu.

  • Ms Siti
  • Cukai
  • Senarai pelepasan cukai individu 2018? Anda wajib tahu.

Senarai pelepasan cukai individu 2018? Anda wajib tahu.

Tahukah anda, bagi tahun 2018 terdapat 21 senarai yang dibenarkan untuk mendapatkan pelepasan cukai individu.
Bagi individu yang membayar cukai, senarai ini sudah pastinya memberi sedikit “kelegaan” kerana dapat mengurangkan cukai yang harus dibayar.
Berikut adalah 21 senarai pelepasan cukai individu bagi tahun 2018:

 

1) Individu dan saudara tanggungan

RM 9,000


2) Perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan)

RM5,000 (Terhad)

ATAU

Ibu dan Bapa 
Terhad RM1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad RM1,500 bagi hanya seorang bapa 

RM3,000 (Terhad)


3) Peralatan sokongan asas (untuk kegunaan individu kurang upaya, suami / isteri, anak atau ibu bapa yang kurang upaya)

RM6,000 (Terhad)


4) Individu kurang upaya

RM6,000


5) Yuran pengajian (Sendiri):
(i) Peringkat selain sarjana dan doktor falsafah – bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, teknikal, vokasional, industri, saintifik atau teknologi;
(ii) Peringkat sarjana dan doktor falsafah – sebarang bidang atau kursus pengajian

RM7,000 (Terhad)


6) Perbelanjaan perubatan penyakit serius (Diri sendiri atau suami / isteri atau anak-anak)

RM6,000 (Terhad)


7) Pemeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami / isteri atau anak) –

(Terhad RM500)


8) Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:
(i) Pembelian buku, jurnal, majalah, surat khabar bercetak dan lain-lain penerbitan seumpamanya (Bukan bahan bacaan terlarang);
(ii) Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (Bukan untuk kegunaan perniagaan);
(iii) Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium; 
(iv) Bayaran bil bulanan untuk langganan internet (Atas nama sendiri)

RM2,500 (Terhad)


9) Pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan sendiri bagi anak berumur 2 tahun dan kebawah (Potongan dibenarkan sekali dalam setiap DUA (2) tahun taksiran

RM1,000 (Terhad)


10) Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak / tadika yang berdaftar

RM1,000 (Terhad)


11) Tabungan bersih dalam skim SSPN (Jumlah simpanan dalam tahun 2018 TOLAK jumlah pengeluaran dalam tahun 2018)

RM6,000 (Terhad)


12) Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri

RM4,000 (Terhad)


13) Suami/Isteri kurang upaya

RM3,500


14) Anak di bawah umur 18 tahun

RM2,000


15) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)

RM2,000


16) Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).
(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.
(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan

RM8,000


17) Anak Kurang upaya

RM6,000

Pelepasan tambahan sebanyak RM8,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.


18) Insuran nyawa dan KWSP TERMASUK tidak melalui potongan gaji

RM6,000 (Terhad)


19) Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) – berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.

RM3,000 (Terhad)


20) Insurans pendidikan dan perubatan TERMASUK tidak melalui potongan gaji

RM3,000 (Terhad)


21) Caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

RM250 (Terhad)

Trackback from your site.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Career

contact info